Kumpulkan Bahan PdPc Anda dalam Satu Site Memudahkan Akses Bahan

Rajah 1 : Widget Image dan Teks

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai guru telah menghasilkan pelbagai jenis bahan Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) seperti video di Youtube, kuiz online di platform Quizizz dan Google Form, lembaran-lembaran kerja dalam .pdf atau .jpeg dihantar di media sosial seperti Telegram dan Whatsapp.

Isu yang seringkali terjadi bila murid atau guru sendiri mahu cari kembali bahan-bahan PdPc berkenaan. Sudah tentu mengambil masa dan lebih teruk lagi kalau sudah terpadam daripada fail media sosial.

Bahan-bahan PdPc ini perlu diuruskan dan disusunkan dengan baik untuk memudahkan murid atau guru lain untuk aksess kembali pada bila-bila masa yang diperlukan.

Anda boleh menyusun segala bahan-bahan PdPc yang dihasilkan ke dalam site khas yang boleh dibina menggunakan aplikasi berasaskan web 2.0 seperti Google Site. Menarik Google Site ini antaramukanya mudah berkonsepkan drag dan drop sahaja.

Rajah 3 : Paparan Google Sites Pada Screen Komputer

Google Sites ini juga menyediakan 8 widget-widget Google yang menarik seperti Docs, Sheets, Forms, Slides Youtube, Calendar, Map dan Charts yang boleh digabungkan ke dalam Google Site.

Rajah 4 : Paparan Google Sites Pada Screen Telefon Pintar

Google Sites mempunyai ciri-ciri paparan yang mesra device atau lebih dikenali Hybrid. Laman web yang berkonsepkan Hybrid dimana dengan satu site ia boleh bertukar dengan mudah mengikut paparan screen komputer, telefon pintar atau tablet.

Bagi Mempelajari cara membina site PdPc sendiri supaya pengurusan bahan PdPc anda lebih tersusun boleh ikut panduan video saya di bawah. Selamat mencuba.

Video 1 : Tutorial Bina Site Pembelajaran dengan Google Sites

Semoga bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba!!!

Author: cikgufaruze

Leave a Reply