Kata Cikgu Raihan : Modul Lengkap Google Classroom

Sudah lama Abe tidak buat modul. Tapi kali ini Abe sambil-sambil belajar Google Clasroom (GC) Abe catat dan buat nota untuk rujukan peribadi dan rujukan rakan-rakan jika mereka tanya Abe hal berkaitan GC. Kalau rakan-rakan pegawai dan guru tanya pasal GC, malas Abe nak taip atau terang dalam telefon, bagi modul kemudian bacalah sendiri.

Paling tidak sangka-sangka modul GC Abe jadi viral di media sosial semasa Abe post di status facebook pada 1 Julai 2019 dengan perkongsian 2.9K. Rakan baharu FB semakin berganda minta jadi rakan. Selepas viral ke seluruh negara, Abe dapat mesej daripada Cikgu Blogger tersohor Cikgu Raihan.

“Encik Faruze, boleh saya letakan modul Encik di blog saya”.

“Eh, boleh je cikgu, memang saya buat untuk dikongsikan untuk rakan-rakan pendidik buat rujukan.

Maka Cikgu Raihan post modul Abe di blog beliau. Boleh tengok di pautan berikut : https://www.raihanjalaludin.com/2019/07/modul-lengkap-google-classroom.html

Modul menjadi Viral kali ke-2

Cikgu Raihan post status di FB beliau dengan mengisi pautan artikel yang berkaitan modul Abe. Tidak sampai satu hari terus berganda perkongsian di media sosial. Banyak notifikasi keluar di FB Abe, tiba-tiba jadi rimas pulak (hehehe).

Ini abe kongsi pautan modul untuk rakan-rakan yang belum mengenali GC ni. : https://drive.google.com/file/d/1m7IqvPJeLqEE9AIZ529hf4EVXd7fh2oC/view?usp=sharing .

Kalau rajin dan ada masa Abe sambung lagi buat modul ini. Harap-harap rajinla…

Author: cikgufaruze

Leave a Reply