28/05/2020

Juri VS Peserta

Amanah Abe kali ini lagi berat. Tapi kali ini lain macam berdebar dia. Berdebar takut salah buat penilaian lalu memusnakan harapan peserta-peserta Kategori Sekolah Rendah dan Pelajar IPG/IPT.

Bersama dengan rakan juri Puan Haslinda menilai peserta kategori sekolah rendah

Masa pengumuman pemenang Abe lagi berdebar-debar. Macam kita pulak yang bertanding. Bermaian-main di fikiran, adakah penilaian kami dapat menang atau tidak. Sememangnya keputusan bersama rakan juri Puan Haslinda Hassan sukar sehingga bertelegah diperingkat awalnya. Kami yang paling awal masuk bilik mesyuarat tapi paling lambat siap markah.

Tengah khusyuk kira markah, dengar suara lemak-lemak manis sambil menguyah daging masak merah hidangan tengahari juri dan urusetia.

“Faruze, Linda… tak habis-habis korang kira markah!”.

“Jap, jap ckit lagi… korang makan dulu”.

Setelah membentang hujah penjurian masing-masing, akhirnya kami sebulat suara mencalonkan peserta-peserta yang dinilai untuk merebut pingat Platinum, Emas, Perak dan Gangsa.

Sungguh tidak menyangka ramai yang calon yang dinilai menang pingat Platinum dan Emas. Rezeki memihak kepada mereka dengan inovasi2 yang hebat dan bernilai komersial yang sangat tinggi.

Mendengar taklimat di bilik juri

Paling mengagumkan peserta yang Abe dan rakan juri nilai daripada IPGKTI dengan Projek Inovasi mereka Penapis Sungai Biologi mendapat Anugerah Platinum (Champion). Paling kagum bakal-bakal guru yang berinovasi merentas batas sempadan pendidikan dengan idea pemikiran berkaitan isu global pencemaran sungai. Mendidik melalui sungai.

Habis penyampaian hadiah kami ditegur oleh pasukan pemenang anugerah utama.

“Terima kasih Tuan, jasamu dikenang”.

Abe tersipu senyum. Jauh disudut hati kagum walaupun sudah jadi juara Kebangsaan sifat rendah diri menebal dalam jiwa mereka.

Semoga mereka terus berjaya dengan idea inovasi mereka ke peringkat lebih tinggi lagi. Syabas wahai anak muda! Kebenaran tidak pernah mengecewakan…

Leave a Reply