28/05/2020

15 Aplikasi Online Microsoft Percuma untuk Anda

Masih ramai pengguna di luar sana yang masih selesa menggunakan aplikasi-aplikasi untuk kerja-kerja pejabat seperti menaip surat, membuat penyata akaun, minit mesyuarat, kertas kerja dan macam-macam lagi secara offline

Kebanyakkan mereka tahu aplikasi pemprosesan maklumat di atas talian secara percuma seperti Google Doc atau Google Spreadsheet yang sangat telah beberapa tahun mendahului pesaing yang lain. Namun ramai yang menyatakan lebih selesa menggunakan Microsoft Office.

“Saya tak biasala dengan paparan Google Doc, lebih selesa dengan Microsoft Word”.

Alasan sebegini menyebabkan anda mungkin bakal menangung risiko untuk hilang dokumen-dokumen yang dihasilkan. Sebagai contohnya situasi satu, jika komputer yang digunakan rosak tidak boleh digunakan atau hardisknya rosak maka termenunglah anda. Fail dokumen tidak sempat backup dalam pendrive. Situasi dua pula jika telupa membawa fail dokumen yang di buat di komputer pejabat sedangkan anda perlukan dokumen berkenaan semasa mesyuarat di luar pejabat.

Di sini saya kongsikan 15 Aplikasi Online Percuma daripada Microsoft dengan storan awan bersaiz 5GB. Anda boleh berkerja di mana-mana peralatan komputer, malah pada smartphone juga pada bila-bila masa sahaja serta berkolaborasi atas talian dengan rakan-rakan anda. Berikut adalah panduang untuk daftar akaun Microsoft Percuma :

1. Buka URL : http://portal.office.com. Tekan >Create one!

2. Sebelum mendaftar akaun anda perlu daftar email Microsoft terlebih dahulu. Tekan >Get a new email address

3. Masukkan alamat email sama ada @outlook.com atau @hotmail.com. Tekan >Next

4. Masukkan password kemudian tekan >Next

5. Untuk pengesahan , taipkan character yang terpamer. Kemudian tekan >Next

6. Paparan berikut akan terpamer jika berjaya. Boleh mencuba mana-mana Apps.

7. Contoh paparan aplikasi Excell online. Selamat mencuba.

Leave a Reply