Aplikasi YouTube Go, Tonton Video Lebih Jimat Data dan Secara Offline

Isu utama yang sering berlaku di kalangan ibu bapa ialah kehabisan pelan data yang dilanggan tidak sampai hujung bulan. Terutama bagi ibu bapa yang tidak melanggan pelan data internet ‘unlimited’. Data internet cepat habis disebabkan oleh anak-anak yang sering menonton video daripada Youtube.

Kadangkala anak-anak menonton Youtube untuk video-video yang sama dengan Quality video yang beresolusi tinggi. Hal ini lagi akan mempercepatkan kehabisan pelan data. Selain itu juga sering kali berlaku kepada pengemar-pengemar menonton video Youtube sering kecewa apabila tidak dapat  menonton video muzik kegemaran di lokasi-lokasi yang mempunyai talian internet yang lemah.

Bagi kedua-kedua isu di atas ‘jimat penggunaan data’ dan ‘tidak dapat menonton video di luar lokasi 4G’ dapat di atasi dengan Aplikasi Youtube Go yang dibangunkan oleh Google. Aplikasi ini membolehkan penggemar-pengemar Yotube dapat menonton video dengan penjimatan data dan juga dapat memuat turun video untuk ditonton secara offline walaupun tanpa internet.

Berikut dikongsikan panduan penggunaan Aplikasi Youtube Go. Selamat mencuba.

Panduan tutorial boleh diakses di pautan berikut : https://t.me/myEDUTECH/79

Author: cikgufaruze

Leave a Reply