BINA eBUKU / eBUKU PROGRAM INTERAKTIF MENGGUNAKAN APLIKASI ANYFLIP

Setiap kali majlis-majlis rasmi di sekolah, pejabat pendidikan daerah mahupun negeri antara jawatankuasa (JK) yang wajib ada JK buku program. Biasanya JK ini akan bertungkus lumus menghasil reka letak untuk menyusun maklumat- maklumat program untuk memberi pelbagai informasi.

Sumber Gambar : Google

Paling mencabar bagi tugasan JK ini setelah siap buku perlu pula dicetak sendiri bagi jimatkan kos pengurusan atau dihantar ke kedai percetakan. Paling menyedihkan selepas selesai buku program biasanya tidak lagi terpakai kadangkala ditinggalkan di kerusi dewan. Ia berlaku pembaziran kertas yang mana kertas boleh digunakan untuk tujuan lain.

Bagi mengelak pembaziran kertas untuk cetakan buku program dalam pdf boleh dihasilkan menjadi format flash atau HTML5 yang lebih interaktif tanpa perlu mencetak. JK buku program hanya perlu mengedarkan pautan sahaja untuk diaksess dengan lebih pantas dihujung jari sahaja.

Aplikasi atas talian AnyFlip mampu untuk menukar buku program atau dokumen-dokumen dalam format PDF kepada format yang lebih interaktif seperti format flash atau HTML5. Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk menghasilkan eBuku Program menggunakan AnyFlip.

Tutorial menghasilkan ebuku program : https://t.me/myEDUTECH/256

Panduan Video menghasilkan ebuku program : https://youtu.be/R9E_KHu-lig

Author: cikgufaruze

Leave a Reply