Design Watak Kartun (Lelaki dan Perempuan) Menggunakan Microsoft Powerpoint

Rajah 1 : Watak Animasi 2D Perempuan dan Lelaki

Seorang designer profesional yang mereka watak animasi sudah tentu menggunakan sofware-sofware yang mahal dan spesifikasi komputer yang high-end. Kos untuk mengupah untuk mencipta karektor kartun juga agak mahal setimpal dengan penat lelah dan seni designer untuk menghasilkan satu-satu watak seni kartun.

Rajah 2 : Design karektor menggunakan Powerpoint

Watak-watak kartun boleh dicipta sendiri oleh anda dengan hanya menggunakan Microsoft (MS) Powerpoint sahaja. Watak-watak ciptaan anda sendiri sudah tentu akan memberikan karektor yang menarik dan mempunyai daya tarikan tersendiri jika adan menghasilkan video Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) anda sendiri.

Rajah 3 : Fitur Merge Shape dan Edit Shape

Fungsi-fungsi dalam Format yang kita tidak pernah cuba untuk memanipulasi bentuk-bentuk menjadi bentuk-betuk kreatif. Fitur-fitur dalam menu Format seperti Merge Shapes dan Edit Shape di dalam Microsoft Power Point dalam Office 365, Office 2019, Office 2016 dan Office 2013 sahaja. Jika selain daripada office ini anda perlu terlebih dahulu mengemaskini versi yang sesuai dengan spesifikasi komputer anda.

Jika anda berminat untuk belajar buat sendiri karektor animasi boleh lihat video yang disediakan khas . Video pertama adalah watak lelaki.

Video 1 : Video Tutorial Watak Lelaki

Video tutorial kedua pula ada cara merekabentuk watak animasi 2D perempuan.

Video 2 : Video Tutorial Watak Lelaki

Author: cikgufaruze

Leave a Reply