04/04/2020

Modul Google Classroom Portal Digital KPM Versi 2020

Bulan Julai tahun 2019 KPM telah memperkenalkan Google Classroom. Pada masa itu sempat saya menghasilan Modul Ringkas sementara KPM belum mengeluarkan modul mereka sebagai rujukan peribadi belajar sendiri supaya senang jika ada rakan guru atau pegawai tanya saya boleh cerita.

Niat asal buat nota sendiri tetapi sebab ramai guru Johor yang teruja bertanya apa beza Google Classroom dengan platform sebelum ini di bawah Projek 1 Bestarinet maka saya pun kongsikan untuk rakan-rakan guru dan pegawai meja daerah. Kongsikan percuma sahaja.

Selang beberapa minggu modul jadi viral seluruh Malaysia. Banyak Channel Telegram Pendidikan seperti Channel PENDIDIK4U dan perkongisian facebook. Salah seorang punca jadi viral bila  Blog Pendidikan yang paling popular di Malaysia, blog https://www.raihanjalaludin.com melalui post beliau di https://www.raihanjalaludin.com/2019/07/modul-lengkap-google-classroom.html yang dikongsikan pada facebook beliau.

So kali ini sempena Covic modul tahun lepas diperkemaskini dan memasukkan elemen integarasi Portal Digital KPM. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

Muat Turun : Modul Google Classroom Portal Digital KPM Versi 2020

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *