08/07/2020

Terima Dua Anugerah di Majlis Anugerah Inovasi dan Pembestarian Sekolah, JPN Johor 2019.

Anugerah Penghargaan Inovasi BTPN Johor 2019

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Rezeki tahun 2019 belum berakhir lagi. Kali ini saya menerima dua anugerah di dalam satu majlis anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini merupakan buat pertama kali diadakan antara gabungan Anugerah Pembestarian Sekolah (ajuran BTPN Johor) dan Anugerah Inovasi Pendidikan (JPN Johor). Pergabungan dua majlis besar ini adalah langkah-langkah soft landing penstrukran KPM di mana BTPN Johor akan berada di bawah JPN Johor secara berperingkat bermula September 2019 hingga Jun 2020.

Anugerah pertama yang diterima adalah penghargaan menghasilkan Inovasi di BTPN Johor. Inovasi yang saya hasilkan kali ini merupakan satu aplikasi mobile myGC. Aplikasi ini dibangunkan khas untuk platform android sebagai one-stop pengurusan, penggunaan Google Classroom. Namun saya belum release versi untuk dikongsikan cuma saya telah lancarkan versi Beta. Insya Allah dengan penambahbaikan akan dilancarkan sepenuhnya untuk dikongsikan.

 

 

 

Anugerah kedua pula ialah Anugerah Khas Most Inspiring Leader in VLE. Hadiah ini ulangan untuk penghargaan di peringkat negeri pula bagi anugerah yang saya terima pada sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang yang lepas.  Terima kasih kepada BTPN Johor dan JPN Johor atas penghargaan ini.

Anugerah Most Inspiring Leader in VLE Negeri Johor 2019

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Terima Dua Anugerah di Majlis Anugerah Inovasi dan Pembestarian Sekolah, JPN Johor 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *