04/04/2020

Cikgu yang Ada iPhone, iPad, iMac atau Macbook, Jom Manfaat dengan Menyertai Komuniti Apple Teacher

Cikgu dengan peralatan teknologi tidak dapat dipisahkan. Ramai  cikgu memiliki peralatan teknologi canggih dan mahal akan tetapi segelintir rakan-rakan guru hanya tahu menggunakan peralatan teknologi seperti telefon pintar hantar sekadar buat panggilan telefon, bergambar dan video serta update status media sosial sahaja. Ada memiliki telefon pintar yang mahal dan canggih seperti jenama Produk Apple tapi tidak tahu bagaimana mahu aplikasi untuk tujuan PdPc.

“Eh, dalam iPhone ada ke Apps yang free berkaitan PdPc?”

“Bukan ke semua Apps berbayar, kena beli dulu baru boleh guna?”

“Saya hanya tahu amik gambar dengan whatsapp je?”

Bagi guru-guru yang memiliki produk Apple sama-ada iPhone, iPad, iMac dan Macbook sebenarnya berpeluang untuk mempelajari ilmu-ilmu dan aplikasi-aplikasi percuma yang sedia ada dalam iOS atau Apps Store untuk digunakan dalam mengubah corak PdPc anda sambil memanfaatkan secara optimum peralatan teknologi Apple yang sedia maklum oleh umum yang mempunyai kehebatan yang tersendiri.

Bagi tujuan itu, guru-guru boleh cuba belajar secara atas talian Apps PERCUMA Apple, sekaligu dapat memungut lencana-lencana dan sijil Apple Teacher. Berikut bagaiman cara untuk mendapatkan sijil Apple Teacher :

myEdUTECH 007 :  DAFTAR, BELAJAR ONLINE DAN DAPATKAN SIJIL APPLE TEACHER 

Langkah 1 : Buka URL berikut : https://www.apple.com/my/education/apple-teacher/ . Klik >Join Apple Teacher

Langkah 2 : Masukkan Apple ID dan Password. Kemudian tekan butang >Enter. Jika belum memiliki Apple ID sila daftar terlebih dahulu.

Langkah 3 : Jika berjaya, berikut adalah paparan utama. Klik mana topik dibahagian Earn Badges. Sebagai contoh klik >Badge for Ipad.

Langkah 4 : Tekan mana-mana topik untuk mulakan pembelajaran. Sebagai contoh klik sub topik >Ipad

Langkah 5 : Sila buat ulangkaji. Jika sudah selesai ulangkaji bagi sub topik maka anda boleh klik mulakan ujian bagi setiap topik. Contoh kuiz.

Langkah 6 : Bagi melayakan anda mendapat lencana bagi setiap kuiz. Jawapan betul hendaklah sekurang betul 4/5 soalan.

Langkah 7 : Bagi melihat pencapaian anda. Klik >Profile, kemudian klik >Badges

Langkah 8 : Bagi melayak anda mendapat Sijil Digital Apple Teacher. Anda perlu mengutip 8 Badges daripada topik iPad dan 8 Badges daripada topik Mac

Catatan Admin : Jika berminat untuk admin beri “talk” berkaitan terus email admin di faruze.btpnjoh@gmail.com. Insya Allah pasukan kami akan bantu anda.

5 thoughts on “Cikgu yang Ada iPhone, iPad, iMac atau Macbook, Jom Manfaat dengan Menyertai Komuniti Apple Teacher

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *