28/05/2020

Jom Dapat Sijil Microsoft Percuma di Microsoft Education Community (MEC)

Microsoft Education Community (MEC) merupakan satu portal komuniti pendidik Microsoft yang disertai lebih kurang  hampir 2 juta guru di seluruh dunia.

Anda boleh mengutip pelbagai sijil dan lencana untuk kemahiran dalam aplikasi-aplikasi, peralatan teknologi daripada Microsoft seperti Office 365, OneNote and Sway, Apps, Surface, Windows and Bing, Stem and Minecraft, Skype in the Classroom dan macam-macam lagi. Ada lebih kurang 182 lencana dan 103 sijil untuk anda kutip.

Anda boleh memulakan pembelajaran untuk memungut sebanyak mungkin lencana dan sijil-sijil dengan menggunakan akaun Microsoft atau Office 365 di portal komuniti berikut : https://education.microsoft.com/ Boleh rujuk artikel ini untuk daftar akaun Microsoft Percuma : http://cikgufaruze.com/v1/2019/10/19/15-aplikasi-online-microsoft-untuk-anda/

Berikut adalah langkah untuk anda daftar dan sertai MEC : 

Langkah 1 : Klik pautan berikut : https://education.microsoft.com/ cari dan tekan >Sign In

Langkah 2 : Pilih login sama ada menggunakan akaun Office 365 atau Microsoft, untuk contoh ini sila guna akaun Microsoft anda

Pilih menggunakan akaun Office 365 (Yang dibeli / Microsoft School) atau akaun Microsoft (@outlook/@hotmail)

Langkah 3 : Pada paparan berikut tekan >Yes

Langkah 4 : Lengkapkan maklumat yang dikehandaki tekan >Save

Langkah 5 : Jika Berjaya, berikut adalah paparan utama dashboard Microsoft Educator Community (MEC) anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *