08/07/2020

Farewell BTPN dan PKG Johor 2019

Tiada perancangan awal sebenarnya untuk menghasilkan video sempena Mesyuarat Pengurusan BTPN dan PKG Johor Bil 4 Tahun 2019. Ada rakan sekerja senior minta tolong buat tapi dia seakan-akan mahu Abe bincang dengan rakan unit. Maka berlakulah salah faham, Abe ingat rakan unit dia buatkan video maka abe hanya biarkan dia uruskan disebabkan beliau sangat berpengalaman.

Semasa rehat Abe check in bilik asrama dengan Fauzi, sembang-sembangla kami berdua. Tiba-tiba dia keluarkan pasal rakan senior Abe ada mintak tolong dia buatkan sorotan video dengan gambar-gambar sepanjang mesyuarat untuk ditayangkan semasa penutup mesyuarat.

“Aduss, macam ni Fauzi, esok kita berdua shoot footage video, aku bawak peralatan video dengan drone sekali. Kita buat berdua pasti hasil dia lain sekali”.

Maka malamnya Abe bertapalah di depan komputer untuk melakar plot-plot papan cerita bagi memudahkan rakaman dan susunan video. Maklumla… masa hanya ada satu hari sahaja. Terdetik dalam hati kalau Abe faham maksud rakan senior yang sebenarnya serius mahu minta tolong Abe hasilkan video tidaklah serumit ini. Nasib baik biasa kerja dalam tekanan, paling suka dalam tekanan sel-sel otak semakin berhubung.

Hari kedua mesyuarat maka Abe dan Fauzi buatlah rakaman video, tarik pelakon profesional tanpa bayaran dengan paksa rela Haji Hadi terpaksa bersetuju. Berani dia nak lawan Abe (hehehehe). Sebenarnya dia baik hati untuk tolong, bersyukur sangat-sangat.

“Fuh… malam ini, harus aku tak tidur ni, menyiapkan kerja-kerja suntingan. Harap macbook dan internet tak buat hal”.

Nasib baik tidak lewat sangat Abe berjaya menyiapkan videonya. Pertama kali buat video sebak pula rasa jiwa sambil mengimbau kenangan bersama rakan-rakan BTPN dan PKG Johor. Harap video ini akan menjadi kenangan buat rakan-rakan.

Karya dari sahabat untuk sahabat. Terima kasih kerana menjadi sahabat Abe walaupun hanya bagi tempoh yang dekat. Ada masa kita berkerjasama lagi.

 

One thought on “Farewell BTPN dan PKG Johor 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *